Seram tak tengok...ini ar kaki aku yg seksi hahahaha
ok aku pakai besi ini sbb nak panjangkan kaki aku yang pendek lepas xcident dulu. ini operation yang ke-4 aku wat utk betolkan kaki aku ini. Banyak kali wat, ramai org ckp aku tak erti duk diam sbb tu kaki tak elok2 tapi bagi aku dah kaki aku nak jadi camni nak buat cam mane, sebenarnya aku jaga elok2 kot kaki aku tapi dah nak jadi nak wat camne.
mesti nak tau kan camne boleh xcident, alkisahnya waktu belajar dulu terlalu aktif dengan macam2 aktiviti so aku kena jaga lalulintas time konvo, semasa aku pantau lalulintas kat belakang bangunan tempat parking kereta tiba2 ada kereta langgar aku tp kereta tu langgar slow je and aku bwk motor pun slow je, sbb perempuan yang bawak kereta abis dia pergi tekan minyak langgar lagi sampai kaki aku masuk bawah kereta dia and patah. Jadi begitu ar kisahnya
sebenarnya ada hikmah atas apa yang berlaku ini. Macam2 pengalaman aku dapat klau nak jadi doktor bahagian kaki pun boleh sbb terlalu banyak ilmu pasal kaki aku tambah dengan pengalaman yang ada, siap boleh terangkan dengan teliti kes aku kat student2 medik yang nak study kes aku ( sekali ceramah ada ar 1 jam)... Tempat aku jalani rawatan kat hospital serdang, semua nurse2 and doktor2 bahagian ortopedik kat wad 7E dengan 7D dah kenal aku.
Sejak pakai besi ini dah macam artis, ada org jumpa je mesti nak tanye pasal kaki aku pastu tanye cam2. klau ada org yg tak kenal aku, nampak je kaki aku mesti tunjuk2 pastu cakap kat org yg berhampiran dia. Yang nak ambik gambar pun ada. kalau yg jenis penakut lak abis menjerit pastu tak nak pandang. cam2 gelagat aku jumpa.
Penutup cerita mungkin lagi sebulan aku pakai besi ini, kaki aku pun dah mula kuat, pastu dah panjang and tak bengkok lagi. harap2 ar 4/1/2012 dapat buka besi ini sbb tak sabar nak berjalan lagi pun 13/1/2012 ada family trip pergi medan.
ok nanti sambung lagi perkembangan pasal kaki aku ini